Followers

Wednesday, February 22, 2012

Thursday, February 16, 2012

Jadilah Perisik =)

cc:Pakar diari hati

Sunday, February 12, 2012

Tak perlu risau. =)

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allan untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

"Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah. " (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah SWT memujukmu di dalam Al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur : 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih dalam kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi, nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

cc : Ustazah Fatimah Syarha



Friday, February 10, 2012

I kept these word deep in my heart

Like my friend said,

" .... kene sabar, biar orang nak kata apa, kita nak buat benda baik. Happy sikit ok? Good luck and take care ;) ..."



p/s : Julai, saya tunggu!

Thursday, February 9, 2012

Hanya Tuhan yang tahu,

Assalamualaikum.

Di saat ini aku sedang diuji oleh Allah. Walaupun tidak secara terang-terangan, tapi aku dapat merasainya. Aku didatangi oleh beberapa insan yang cuba mengambil tempat dalam kehidupan aku. Aku harus berhati-hati. Aku tidak boleh lalai. Aku harus bijak menilai. Aku tidak boleh terburu-buru dalam setiap tindakan. Hanya kepada Allah sahaja tempat aku mengadu dan berserah.