Followers

Thursday, January 26, 2012

Buka mataku, buka hatiku

I have been strong for 3 years and 1 week.

Alhamdulillah. Tuhan masih sygkan aku. Dia memberikan ku peluang kali kedua untuk menebus kesalahan yang pernah aku lakukan. Dulu aku leka dengan keseronokan dunia. Lalai. Alpa. Memang seronok hidup remaja. Kejadian 3 tahun yg lalu, benar-benar mengajarku tentang erti kehidupan yg sebenar.

Hidup ibarat roda. Ada masa akan berada di atas, ada masa akan berada di bawah. Macam itu lah kehidupan kita semua. Aku sangat bersyukur kepada Tuhan atas kejadian ini. Kejadian ini juga telah menemukan aku dengan seorang hamba Allah ini. Takdir buat kita bertemu. Kerana itu kehendak Tuhan. Aku hanya turutinya. Dan aku merasa sangat bahagia atas kehendak Tuhan ini. Aku sungguh terharu dengan kehendakNya. Terima kasih Ya Allah kerana telah menghantar seseorang yang boleh mengubah aku ke arah kebaikan. Sesungguhnya aku berubah adalah keranamu Ya Allah. Ya, dia telah membuka mata hatiku untuk terus mencintaiMu Ya Allah. Kata-katanya membuat aku insaf dan kembali bersemangat. Aku tidak boleh patah semangat, tidak boleh cepat kecewa, tidak boleh mudah mengalah. Di setiap kejadian ada hikmahnya dan aku percaya ini lah hikmahnya. Alhamdulillah. Tuhan masih sayangkan aku. Dan sebab itulah aku diuji. Dan aku terima ujianMu ini dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun ini, kehidupan aku makin tenang dan bahagia kerana disinari cahaya-cahaya dari Mu Ya Allah. Terima kasih atas kurniaan ini dan aku sebenarnya masih dahagakan kasih dan petunjukMu Ya Allah. Aku perlukan kekuatan dariMu untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini Ya Allah. Aku akui aku masih banyak kelemahan dan kekurangan. Dan aku senantiasa mencuba untuk mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik lagi. Aku ingin selalu mendekatiMu. Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon padamu, Kau limpahkanlah aku dengan kasih sayangMu, sinarilah hidupku dengan cahayaMu, berkatilah hidupku, berikanlah aku petunjukMu dan bimbinglah aku ke jalan yang benar. Hanya kepadaMu aku berharap.

Buka mataku, buka hatiku
Allah terangilah hidupku dengan sinarMu
Aku meraba-raba tak berdaya
Tanpa rahmatMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi mewarnai langkahku
Hitam diri hitamlah hari yang lalu
Bila tanpa cahayaMu gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak bererti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
MencintaiMu seperti ke Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh memohon belas kasihMu

Beribu dosa telah terjadi mewarnai langkahku
Hitam diri hitamlah hari yang lalu
Bila tanpa cahayaMu gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak bererti sia-sia

Buka mataku, buka hatiku
Allah terangilah hidupku dengan sinarMu


2 comments:

sakurara said...

mencari cinta ilahi ^^

nusafara said...

jom cari same2 =)