Followers

Tuesday, July 31, 2012

Campur-campur.

Salam.

Menjadi tanda tanya pada diriku. Kenapa la chatbox kt blog ni selalu kene ceroboh. Entah omputih mane mane entah la yg rajin duk tinggal mesej kt box tuh. Virus ape lak ni. Kali ni da masuk kali ke berapa ratus kali aku tukar bende alah tu. Nak kate blog ni femes... Nayyyy!!! too far away. Hahaha

Eh boleh pulak sibuk pk pasal chatbox ni. Padahal RPH x buat lagi. Tak tau nak ngajar ape esok. Student asyik nak main catur je. Ape ingat aku ni Ron Wesley ke? Lemah la aku bab game ni. 

Seriously sem ni sangat tak best sebab dapat student yang kureng dari sek praktikal sem lepas. Rindu SK Pinang Tunggal. SK Machang Bubok II bukan tak best, tapi belum serasi lagi kot. Sabar je la. Da la jadual kerap bertukar. Berebut kelas pulak tu dengan Shazwan. Shazwan ni cikgu ganti kt sekolah  tuh. Ade lagi sorang, Akmal. Ustaz Akmal. Hari pertama aku panggil dia Cikgu Akmal, tapi bila dapat tau umur dia, terus Akmal je. Ni pun sama jugak, simpan buku anak murid aku punye lama. Nak bagi nota pun x boleh. Sayang betul nak lepas anak murid die kt aku. Haihh. Sabar je la kan pose pose ni.

Projek ape nak buat kt sekolah tak fikir lagi. Asyik buat mural je, sungguh bosan dan aku bukan cikgu seni. Pernah terfikir nak jemput Aiman Azlan bg motivasi kt budak2 sekolah ni. Bg dorang bersemangat sikit. Da lama aku fikir bende ni dan semakin kerap berfikir bila dapat tau Aiman ada kt Malaysia! (Hahaha, aku bukan gatal) 

Tapi aku sangat seronok kene gantikan cikgu math untuk year 3. Kejap je ajar, student paham, bile dapat cop good dalam buku, berkobar2 depa buat latihan. Tapi jadi down bila ngajar budak yg x dengar ckp, tapi nak sgt belajar, tapi buta huruf. Sedih bila budak xtau mengeja, menyebut apatahlagi menulis. Darjah 4 tuh. Last2 aku bukak kelas pemulihan hari tu, tak jadi mengajar. Depa tau salin ja. Kesian. Habis RPH aku rancang elok2, hanya sekadar hiasan dalam buku rekod je. Sabar la hati, ni baru praktikum, sok da posting, jumpe budak yang macam2 lagi.

Tahun 5 aku kene ngajar jugak. Ade sorang student ni, muke die sebijik macam abg dekstop pujaan hatiku.  Orang Kuching Sarawak, Nelson. Goodboy!Nasib baik awak dgr ckp cikgu. =)
 ----TERUS BUKAK BLOG ABG DEKSTOP---- XD


Okay, nak stop kt sini dulu,  nak pk nak ngajar ape esok. Khamis ni lec datang, nak observe. Ribut dalam hati kemain lagi. 

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku, kau berikanlah aku ketenangan, berikanlah aku keyakinan dan kuatkanlah aku untuk menempuh ujian darimu ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Amin.

No comments: