Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.
Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
- Menolak ajakan kita untuk keluar.
- Tidak selalu mengadu kesedihannya.
- Mengajak kita untuk bertahajud.
- Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
- Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
- Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
- Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
- Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
- Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
- Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
- Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
- Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
- Mengajak kita membuat dosa.
- Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
- Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.
1 comment:
betul. :)
Post a Comment