p/s: sabar dalam setiap waktu. sabar dalam menanti. sabar dalam membilang detik.
Followers
Thursday, February 25, 2010
cerita 2 dunia (part 7) - jika.....
p/s: sabar dalam setiap waktu. sabar dalam menanti. sabar dalam membilang detik.
mate sepet sepet.
wah.ade story ni. semalam.aku masuk satu pertandingan ni.ala miss kononnye lah.(hampeh). aku mule mule saje suke suke.main main ngan make up.pakai baju bling bling.( mcm sarkes pun ade rasenye ). bajet. tapi aku men redah je. masuk je.wat wat dunno kan. semalam ramai yg hebat hebat. mase sesi soal jawab aku rase aku la paling main main.aku buat mcm aku ni duk story kt kanak kanak ribena.tak fhm aku. ( kenapa anda ingin menjadi seorang guru dan mengapa? ) sumpah! aku tak betul betul. (think cook cook). asal lepas turn sudah.
ok. da hbs pertandingan tuh dah la kan. ok. tak mo pk.ingat nak duk landing landing atas tilam "empuk" bilik ni. tapi kene g pulak majlis kt dewan. mule mule rase mcm wat wat dunno jerk.ye la ngantok.keje "sume da siap". tapi ada satu persembahan ni sgt menarik.mule mule rase takut.tapi banyak pengajaran yg boleh dapat.kematian adalah satu kepastian.dengan pentomen yang menarik.seksa kubur yang menakutkan.betul betul insaf.harap harap lepas ni diri ini akan melakukan perubahan lagi untuk jadi seorang muslim yang sejati. mudah mudahan. tu je la.nak tido dulu.
p/s-alhamdulillah.angan angan dr kecik nak menang ala ala title miss tercapai juga.hihi.terima kasih semua bg aku peluang nih. ;-)
Monday, February 22, 2010
ashiteru
hari ni aku rase mcm mcm.ade seronok.ade sedih.ada tersenyum.sumenye ade.dia.kamu.awak.sume tu same je la.kata ganti nama diri la.hehe. tak de makne ape ape pun.kamu nih.hmm.
tapi tetibe rase down sekejap td.ntah tak tau la nape.rase sedih jap.rase kosong jap.rase sepi jap.rase nak menangis jap. (aku bukan manje ok.aku tak fhm nape azran selalu kate aku manje.hrmm) eh,aku rindu ayah lah.tak sabar nak jumpe ayah balik umah nanti.(kite cube jd buat yg terbaik. kite teringin sgt nak pergi sane.sebab tu la kite nak belaja betul betul)
eyt.mohamad khairullah.sedap sedap aje ko kate kiteorg (aku , ecah, cop ) tak sehat.oww. tak ape.mentang mentang ko doktor .ko suh kiteorg masuk sepital ek.hihihi.ya! memang kiteorg gile malam tuh.seronok. malam tu aku ketawa sorang sorang dalam bilik.hilang segala sedih aku. betol ckp ko khai. aku skang ni dekatkan diri ngan kawan kawan lama. alhamdulillah. aku da semakin ok. tapi aku terjadi ksar sikit skang lebih lebih lagi ngan kaum adam ni.mencarut jerk. lalala~aku teringin nak jadi wanita seperti dlm cite KCB tuh. anna. sebelum ni aku da try jadi ell dah.hahaha (perasan habes.best lagu "haramkah" ni.) tapikan...takpelah.lupekan je ok.hey.aku ada beli buku baru.nnti aku share ngan ko ape yg aku dapat dr buku tuh.
eh.azmira.yg pasal kekande afif tu saya main main je la.afif tu kawan saya je.tak ade apa apa ok.kesian lah azran selalu jadi mangse kite berkomen.padan muke die.spe suh bajet howwwttt!!
Saturday, February 20, 2010
cerita 2 dunia (part 6) - hensem!
hari ini.banyak cerita tentang penyampai ilmu.sebab apa? ntahlah. mungkin kerana beliau masih tercari cari perwatakan dan personaliti dirinya kot. KOT? (terpinga pinga sebentar)
ok.kali ini si penyampai ilmu itu mengaku sejak sejak ini.dia telah berubah.kuat mencarut.OMG!
suke gaduh ngan sahabt baiknya sendiri.kesian encik gajah.terpaksa melayan kerenah rakannya itu.naseb kamu la encik gajah.layan kan aje ek.(muahaha)
cuti dah nak abes.duit pun da semakin kering.tp assignment x abes abes. (mcm mane ni?) penyampai ilmu itu berfiikir.(rileks ok.take a life as it is.) tibe tibe teringat...
baru je balik dr umah.mlm itu mcm bese la.penyampai ilmu itu masuk ke alam fantasy die.eh x sangke pulak.ade pertanyaan lak.tapi xpe.bgus soalan itu penyelamat manusia.anda memang warganegara Malaysia.haha.(memangla.hbs selama ini die warga mane?)
bukan ape ek.jarang sekali anak muda yg bertanyakan soalan ilmu mcm itu. lalu bermula lah perbincangan....
kesah pasal malaya?anak melayu?semua dikupas.tetapi x lama.sebab mase dah jeles.xpe xpe.len kali ada mase sambung balik ok.agak menarik apabila penyelamat manusia itu berkata bahawa rupanya tanah melayu memang hebat.ya! orang melayu memang hebat sebenarnya kawan. tapi skang ni bukan x hebat.cume buat buat x hebat. anda fahamkan? betul ckp kamu rakan, remaja skang belum jumpe sesuatu yg boleh dijadikan pegangan untuk mereka menjadi seorang rakyat yg mempunyai semangat patriotik yg tinggi.semangat waja tu penting! seorang manusia yg bertamadun lebih lebih lagi bg puak melayu nih.anak muda melayu zaman skang makin selesa. dan bertambah selesa dgn keadaan skang.sedangkan mereka x tahu yg mereka "terseksa" (fikir fikirkan )..
menarik bukan bile buka cerita asal usul/salasilah keturunan diraja? hey penyelamat manusia, penyampai ilmu hanya berkongsi ilmu yg die tau saja.masih banyak kekurangan tau.itu pun kamu kata sungguh detail.(terpinga pinga sebentar). x mengapa.ada banyak lagi topik yg boleh dikupas.tggu masa ya? penyampai ilmu tau penyelamat manusia ada banyak bende yg mau dikongsikan.samala.begitu juga sebaliknya.sama-sama nak kongsi cerita pasal sejarah.(hurmm kalo encik gajah tau, mesti die kata boring.sebab die kan PRO-SEJARAH)hahaha.jangan marah encik gajah.
oh ye.penyampai ilmu da nak balik kampus balik dah.penyelamat manusia, tlg jaga diri baik baik.teruskan usaha kamu dlm mendalami ilmu yg kamu ambil di sana dan juga ilmu lain yg kamu cari.insyaallah jikalau ada masa,perbincangan anak-anak muda akan bersambung balik jika penyampai ilmu dan penyelamat manusia dapat meluangkan masa.
p/s-eh bos kedai cermin mata, nape la kamu hensem sgt?sy tertarik td.hahaha.da la caring.(mate bling bling)
Saturday, February 6, 2010
sama-sama ok.
sana sibuk.sini sibuk juga.
sama-sama sibuk.sama-sama ada kerja.sama-sama pegang nota.sama-sama ada kuliah. sama-sama sedang mengadap buku.sama-sama ada hal yang perlu diselesaikan.sama-sama terikat dengan komitmen masing-masing.sama-sama cuba jadi yang terbaik.sama-sama cuba untuk puaskan hati semua pihak.sama-sama sedang berjuang untuk mencapai kejayaan.sama-sama tersenyum walaupun sama-sama tengah tension.sama-sama tak ambil peduli hal yang remeh.sama-sama cube tenangkan diri.tak ape.sama-sama bekerja keras dan sama-sama tabah.sama-sama berdoa kepada tuhan agar sama-sama mendapat keberkatan dari Nya.
semoga sama-sama berjaya dan sama-sama mendapat apa yang hendak dicapai.sama-sama mendoakan yang terbaik.amin.
Thursday, February 4, 2010
cerita 2 dunia (part 5)- Early February
1 Februari 2010
Malam ini malam lepas rindu.Ceh lepas rindu konon.Hari ni si penyampai ilmu bersembang ngan sahabat baiknya encik gajah.Ewah-ewah,melebih-lebih pulak! Bab mengarut dan mencarut memang pakar.Buat ketupat tu tak yah nak cakap la. Aktiviti wajib!Kalah nenek kat kampung menganyam daun ketupat u! (Versi nyah encik gajah..hahahaha). Encik gajah punya cadangan sekolah rendah tu boleh dipertimbangkan.Agak menarik!Hahaha..
Bukan ape.Si penyampai ilmu tu mahu juga cari pengalaman di negeri orang.Lihat dan tunggu saja lah! Malam itu si penyampai ilmu sungguh teruja kerana membilang hari.Harimau bakal mencakar katanya! Tiba-tiba encik gajah pun berubah suara. Mulutnya jadi manis! Manis sangat-sangat! Tiba-tiba je cakap, “nape malam ni i nampak u menyerlah je?! U makin cute la!!” Hahaha! Alasan nak bodek!
Si penyampai ilmu pun berbalas. “ U ingat i tak tau? pandai bodek”. Encik gajah pun mula memberi kata-kata hikmah kepada sahabatnya itu.
“Cube la u beli bende yang berfaedah sikit.Ni tak, asyik beli kasut je!”
“Ape barang yang berfaedah tu? Cakap sikit!”
“ ok-ok..ape kate u beli seluar levis UNTUK I 1, Baju UNTUK I 1, perfume UNTUK I 1....” Banyak cantik! Demand pulak pakcik sorang tuh.Bodek memang nombor satu lah! Oklah tak mau cerita lebih-lebih....nanti banyak tersasau jauh kang.
p/s-encik gajah , tolong la buang telefon anda! suke potong line!
*************************************************************************************************
Hari ni bersamaan 4 Februari tahun 2010, penyampai ilmu terasa agak sedikit down. Kerana apa? Kerana takut..pikirkan tazkirah untuk satu program tuh...Dalam pada masa yang sama, sorang lagi tu tak muncul di saat penyampai ilmu itu memerlukan pertolongan. Naseb baik encik gajah muncul sekejap. Sekadar penghibur hati yang resah. Banyak kerja sungguh! Serabut! Kesian si penyampai ilmu..Da la kene kacau ngan sorang mamat gila nih. Pada-pada la.Ini tak, suke paksa-paksa. Ingat boleh termakan ke pujuk rayu anda itu! Desperato!!!
Perasaan tertekan itu cume sekejap saja. Kerana tiba-tiba kan, si penyampai ilmu itu tersenyum. Tersenyum sendiri macam hari sebelumnya. Sebab walaupun ade chipsmore main nyorok-nyorok, tetapi si penyampai ilmu tetap dapat informasi. Ya! Setiap orang ada kerja masing-masing kan? Tolong la faham. chipsmore pun chipsmore lah! hahahaha...janji comel! Macam hari ni..saat ini dan sekarang. Chipsmore muncul kembali. Kembali senyum. Tiba-tiba si penyampai ilmu teringat akan kata-kata seorang kawannya. Ya kawan satu sekolah mereka juga. Tapi bagi si penyampai ilmu itu, tak mungkin lah. Mulut orang mane boleh tutup , tak baik buruk sangke. Ish..ish..ish... Si penyampai ilmu cuba menyabarkan dirinya. Rileks! Insyaallah nanti akan dapat petunjuk dari Tuhan dan akan cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Sabar ye!
Oppsss!!patutla.... da tiba masa. Agaknya keletihan seharian dengan kuliah. Semua orang penat! Standard bagi insan yang bergelar student...ok lah..si penyampai ilmu mahu buat kerja dia.. cukup la Tuhan sudah memberikan dia sebuah senyuman sebentar tadi.Terima kasih Tuhan! Terima kasih banyak-banyak.
*Sambungan mu itu akanku tuntut bila tiba masanya nanti, insyaallah* Bisikan doa si penyampai ilmu dalam butiran tasbih....
cerita 2 dunia (part 4)- si penyampai ilmu sebagai penyelamat manusia
Hari ini hari Jumaat. Si penyampai ilmu itu tidak sabar mahu balik ke rumah. Maklumlah hari minggu. Baik balik rumah. Lalu balik lah si penyampai ilmu itu ke rumahnya.Ketika menunggu kehadiran bas untuk pulang le rumah, si dia telah menyelamatkan seorang manusia. Seorang manusia yang tidak sedar akan keciciran telefon bimbitnya di tepi jalan. Nasib baik ada orang lain yang perasan. Maka si penyampai ilmu itu cepat bertindak. Alhamdulillah akhirnya telefon bimbit manusia itu dpaat diselamatkan. Tidak sia-sia si penyampai ilmu itu berlari anak-anak. Tak sangka si dia juga boleh bertindak sebagai penyelamat manusia. Terasa bangga di hati. Hari ini kita tolong orang, satu hari orang akan tolong kita pula. Itulah prinsip yang dipegang oleh si penyampai ilmu itu. Alhamdulillah.
Tiba di rumah, si penyampai ilmu itu tidak boleh beralam maya. Kerana line ada problem. “Apa hal dengan line celcom ni?” Geram. Angin. Bukan apa tak sabar nak beralam maya.Hahahaha!(Ada makna tu!) Tiba-tiba pagi tadi si penyampai surat datang dari tempat kerjanya. Rupa-rupanya si penyampai ilmu itu yang bersalah. Dah 2 bulan tak bayar broadband!Macam mane nak dapat line. Tak patut tak patut.
Lain kali jangan sedap pakai saja.Bil bulanan bayar ya!Sudah berhenti dulu.
Wednesday, February 3, 2010
cerita 2 dunia (part 3)-bicara 2 insan
Sambungan cerita. Pada suatu pagi, sedang asyik beralam maya, si penyampai ilmu itu mendapat petunjuk yang mulia dari tuhan. Ya penyelamat manusia itu telah membalas mesej yang dihantar oleh sahabatnya itu.Terharu seketika!Tak diduga!Kata-kata balasan telah dikirimkan kepada si penyampai ilmu itu dan dia benar-benar bersimpati apa yang telah berlaku terhadap sahabatnya itu.Ya itulah yang dikatakan sahabat.Sering bersama suka dan duka.Cukup kalimat ayat “Take Life As It Is” itu. Ia amat bermakna bagi si penyampai ilmu itu kerana dia masih sedar yang hidup itu perlu diteruskan dan normal bagi mencapai hidup yang sempurna!Terima kasih wahai si penyelamat manusia!Kata-katanya itu telah memberi semangat baru kepada sahabat baiknya itu.
Lalu hari pun berlalu dengan tenangnya.Kisah ini belum lagi terhenti.Ia diteruskan lagi dengan sambungan persahabatan di antara mereka. Semakin hari semakin selesa. Tetapi jarang untuk bertemu dengan kebetulan di alam maya. Masing-masing sibuk dengan pelajaran. Ada suatu ketika di mana penyelamat manusia itu menanyakan khabar berita dari si penyampai ilmu itu.Soalan yang sama! “Kau macam mana? Da ok ke?” Terpinga-pinga sahabatnya itu kerana tidak sangka si dia tidak jemu bertanyakan hal yang sama.Ya dia memang ambil berat!Walaupun jauh, tetap mengambil berat. Terima kasih sahabat!Si penyampai ilmu itu ingatkan sahabatnya tiada masa untuk beralam maya. Tetapi siapa sangka ya?
Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut di saat mereka sedang berada di alam maya. Line terputus rupanya!Tidak mengapa!Masih ada alternatif yang lain.Tetapi pada masa itu hanya dapat segelintir masa saja yang dapat dicuri untuk berbicara.Terdapat sedikit salah faham di antara mereka di hujung perbualan dan tiba-tiba tuut.........masing-masing membuat kerja sendiri.Tiada lagi pertemuan di alam maya.
Dan baru-baru ini, mereka dipertemukan sekali lagi. Dan kali ini perbicaraan yang agak lama. Mereka sempat berkenalan semula!Ya sangat tertarik!Tidak sangka ya? Masing-masing ada cerita yang menarik. Sungguh tertarik!Banyak cerita yang dikongsi bersama. Cita-cita yang sedang diusahakan sekarang, minat yang berbeza tapi sama!Macam mana tu?Dan tertimbullah isu hot iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Hal ini kerana mereka minat dan menjiwai cerita itu. Dan kebetulan si penyelamat manusia itu sedang belajar di lokasi pengambaran cerita cinta agung itu.Amat bertuah!Ibu penyelamat manusia itu telah memberikan novel cerita tersebut kepadanya lalu dia pun membacanya dan mula tertarik. Seterusnya menyaksikan cerita itu di filem.Rugi rasanya kalau melepaskan peluang kerana banyak panduan yang boleh didapati melalui kisah itu.
Kemudian tarikh lahir....mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu si penyelamat manusia, abang dekstop bukan nama sebenar dan juga sepupu si penyampai ilmu yang berada di melaka, Aizuddin. Wah!Sebaya nampak! Tarikh yang amat bermakna kerana si penyampai ilmu itu tidak pernah lupa tarikh keramat itu. Begitulah yang diberitahu kepada penyelamat manusia itu. Dan dia telah berkata kepada sahabatnya itu supaya dia pun boleh menerima ucapan selamat daripada kawannya itu. Tambah lagi seorang! Hehehe....
Pertemuan dipanjangkan lagi dengan mengenali cerita disebalik kisah lama di sekolah.Kelakar! Macam-macam perangai lah! Latar belakang keluarga juga disentuh oleh mereka. Seorang lagi masuk dalam persatuan-persatuan anak sulung.Kebetulan sama! Yang seorang memuji sahabatnya.Tersenyum kambing lah!Banyak kerja yang perlu dipikul oleh mereka.Cita-cita untuk meneruskan pengajian akan diteruskan apabila sudah mendapat ijazah sarjana.Walaupun lama tak mengapa. Ilmu jangan disekat. Si penyampai ilmu cakap dia teringin sambung pengajian dalam bidang bahasa di luar negara. Mahu jadi seperti mak si penyelamat manusia katanya. Mak dia pensyarah english.Maka si penyelamat manusia pun berkata bahawa dia sebenarnya minat dalam bidang bahasa. Dia dapat tawaran belajar dalam bidang itu tetapi dalam masa yang sama dia sudah bertekad dari kecil lagi untuk pergi ke universiti itu pada suatu hari nanti. Dan peluang yang ada itu tidak disia-siakan olehnya , maka ditolaklah peluang menjadi penyampai ilmu itu. Masing-masing kan ada pilihan tersendiri. Begitulah kerenah manusia. Dan ini telah membuatkan si penyampai ilmu itu bersemangat untuk meneruskan usaha dalam mendalami bidang ilmu untuk disebarkan kepada anak didiknya satu hari nanti.
Mereka masing-masing saling menyokong antara satu sama lain.Kata-kata semangat dan penguat telah diberikan supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang berliku itu. Tiba-tiba azan di sana sudah berbunyi.Sudah masuk waktu asar.Perbezaan di sana dan disini ialah 6 jam. Sepatutnya si penyelamat manusia itu berehat kerana sudah habis kelas.Kesian dia kerana terpaksa melayan kerenah si penyampai ilmu itu. Tapi tak mengapa kerana cerita 2 dunia telah wujud dalam pertemuan itu.Insyaallah pertemuan akan disambungkan lagi tapi tidak tahu bila masanya.Hanya tuhan saja yang menentukannya.
Tuesday, February 2, 2010
cerita 2 dunia (part 2)-kisah januari
Pada satu hari terdapat la kisah di mana si penyampai ilmu ni mengalami krisis yang sangat hebat baginya. Kesian. Dia ditipu hidup-hidup oleh buah hati pengarang jantung hatinya. Malam itu, malam yang perit baginya.Hatinya bagai ditusuk jarum yang tajam, dicarik-carik! Gila!Menangis sepuas-puas hati!Tapi sekejap je menangis.Sebab perasaan sayang masih menebal pada sang kekasih itu.Sampai hati mu!
Malam itu, si penyampai ilmu mahu kongsi cerita dengan sahabat baiknya iaitu encik gajah. Ya selama ini si penyampai ilmu itu tidak sedar bahawa dia sudah membuatkan rakannya itu berasa jauh hati dan agak kecewa.Agak la! Kesian dia, terasa! Ini semua sebab si penyampai ilmu itu la.Lebih mempercayai orang lain daripada sahabatnya. Padahal mereka sudah berkawan lama dari sang kekasih itu.
Cerita diteruskan.
Malam itu bukan encik gajah tak mahu melayan dan mendengar masalah si penyampai ilmu itu. Tapi dia ada hal. Jadi si penyampai ilmu itu terpaksa menunggu rakannya itu. Tapi apakan daya, si penyampai ilmu itu, tidak sanggup menahan rasa sakit di hati.Rasanya perlu diluahkan segera. Dijadikan cerita si penyampai ilmu itu mencari seseorang yang boleh mendengar kisah duka hidupnya. Nasib dia sangat baik kerana kebetulan pada masa yang sama si penyelamat manusia itu muncul di alam maya itu. Jadi bermula lah perkongsian episod duka itu.Ternyata si penyelamat manusia itu seorang pendengar yang setia. Terasa lega sikit di hati si penyampai ilmu itu. Dalam keadaan yang sedih dan pilu, dia masih meneruskan cerita dukanya itu. Penyelamat manusia itu mengulas sepatah dua kata. Nasihat yang berguna di saat sahabatnya mengalami kedukaan. Nasihat yang memberi semangat kerana sahabatnya itu seakan-akan jatuh dan tiada keyakinan.Walaupun sahabatnya itu berasa amat malu dengan dirinya kerana terlalu “bijak menilai orang”, si penyelamat manusia itu tetap tidak putus asa memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu. Normal la tu! Remaja! Semua orang nak rasa benda yang sama!Itu dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman pada masa akan datang.Tiba-tiba talian terputus! Bicara terhenti! Belum sempat si penyampai ilmu itu megucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu.Sahabat yang beru dikenalinya itu. Jangan risau! Cara lain kan ada. Tanpa membuang emas yang berharga itu, si penyampai ilmu itu menulis penghargaan kepada sahabatnya. Kemudian krisis yang dialami oleh si penyampai ilmu itu diselesaikan dengan bantuan sahabat baiknya iaitu encik gajah.
Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan keadaan yang stabil, si penyampai ilmu itu tabah meneruskan liku-liku hidup yang terbentang luas di hadapannya.Memang terseksa!Cukup terseksa!Saban hari ditemani linangan air mata!Hanya pada tuhan saja tempat dia mengadu dan meminta pertolongan.Ya dan ia semakin pulih seiring dengan masa yang berlau walaupun di hati dia masih tersemat sisa-sisa yang bahagia seketika dulu.
Monday, February 1, 2010
cerita 2 dunia (part 1)
Ada satu kisah. Terdapat seorang penyampai ilmu dan penyelamat manusia.
Si penyampai ilmu dan penyelamat manusia belajar di tempat yang sama.Tetapi, mereka tidak pernah bertegur sapa.Sepanjang melalui proses pembelajaran, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Malah mereka tidak pernah terfikir untuk bertegur. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor:
a) Malu
b) Rasanya tidak penting untuk tegur dia
c) Tiada apa yang penting untuk dibincangkan
d) Dunia dia lain dunia aku lain. Memang berbeza!
e) Skema.
f) Pendiam
g) Masih mentah
h) Masing-masing tidak sedar akan kewujudan masing-masing
i) Sibuk
j) Lantaklah! Tak suka jaga tepi kain orang.
k) Tiada masa nak layan perasaan.
Ok.Selepas itu, habis sesi pembelajaran di peringkat rendah.
Cerita dipanjangkan lagi dengan kebetulan! Ya kebetulan! Masa peringkat alam remaja. Sekarang pun masih remaja. Tapi, zaman akhir remaja. Selama 2 tahun belajar di tempat yang sama tiada sebarang perubahan. Masih seperti yang dulu.Kau buat kau punya hal.Aku dengan hal aku sendiri ok! Tapi bagi si penyampai ilmu itu, dia tetap ingat bahawa penyelamat manusia itu adalah orang yang pernah belajar satu tempat dengan dia suatu ketika dahulu.Classmate!Old classmate!
Selang beberapa tahun...
Masing-masing bawa haluan sendiri. Sambung belajar sana sini.Si penyampai ilmu itu dengan bidang dia malah si penyelamat manusia itu dengan pilihannya tersendiri. Bagaimanapun, si penyampai ilmu ini ada terdengar khabar-khabar dari sahabat baiknya disana.Dia berkata bahawa si penyelamat manusia itu pernah sakit ketika belajar.Sakit apa ya?Entahlah.Si penyampai ilmu itu pun tidak dapat mentafsirkannya.Tapi biarlah.Buat apa nak sibuk-sibuk hal orang kan.Lagipun masing-masing ada hal sendiri.Terhenti seketika.
Tahun seterusnya. Zaman ini semua orang sudah mula ada facebook. Kononnya mahu cari kenalan lama.Boleh buat reunion!!! Jadi 2 hamba Allah ini tidak ketinggalan untuk menyertai sekali jaringan sosial tersebut. Ramai kawan mereka. Tapi, ingat lagi, masa itu, si penyampai ilmu yang mula membuat permintaan rakan dekat si penyelamat manusia itu. Jadi, mereka sudah berkawan.Secara rasmi di facebook.Hahahaha!Tetapi tidak pernah pun bertegur lagi.Barangkali pemalu agaknya. Kadang-kadang ada juga yang bertegur.Sekadar bagi komen kat status masing-masing. Jarang-jarang ya!