Followers

Thursday, February 4, 2010

cerita 2 dunia (part 5)- Early February

1 Februari 2010

Malam ini malam lepas rindu.Ceh lepas rindu konon.Hari ni si penyampai ilmu bersembang ngan sahabat baiknya encik gajah.Ewah-ewah,melebih-lebih pulak! Bab mengarut dan mencarut memang pakar.Buat ketupat tu tak yah nak cakap la. Aktiviti wajib!Kalah nenek kat kampung menganyam daun ketupat u! (Versi nyah encik gajah..hahahaha). Encik gajah punya cadangan sekolah rendah tu boleh dipertimbangkan.Agak menarik!Hahaha..

 

Bukan ape.Si penyampai ilmu tu mahu juga cari pengalaman di negeri orang.Lihat dan tunggu saja lah! Malam itu si penyampai ilmu sungguh teruja kerana membilang hari.Harimau bakal mencakar katanya! Tiba-tiba encik gajah pun berubah suara. Mulutnya jadi manis! Manis sangat-sangat! Tiba-tiba je cakap, “nape malam ni i nampak u menyerlah je?! U makin cute la!!” Hahaha! Alasan nak bodek!

Si penyampai ilmu pun berbalas. “ U ingat i tak tau? pandai bodek”. Encik gajah pun mula memberi kata-kata hikmah kepada sahabatnya itu.

“Cube la u beli bende yang berfaedah sikit.Ni tak, asyik beli kasut je!”

“Ape barang yang berfaedah tu? Cakap sikit!”

“ ok-ok..ape kate u beli seluar levis UNTUK I 1, Baju UNTUK I 1, perfume UNTUK I 1....” Banyak cantik! Demand pulak pakcik sorang tuh.Bodek memang nombor satu lah! Oklah tak mau cerita lebih-lebih....nanti banyak tersasau jauh kang.

p/s-encik gajah , tolong la buang telefon anda! suke potong line!

 

*************************************************************************************************

 

Hari ni bersamaan 4 Februari tahun 2010, penyampai ilmu terasa agak sedikit down. Kerana apa? Kerana takut..pikirkan tazkirah untuk satu program tuh...Dalam pada masa yang sama, sorang lagi tu tak muncul di saat penyampai ilmu itu memerlukan pertolongan. Naseb baik encik gajah muncul sekejap. Sekadar penghibur hati yang resah. Banyak kerja sungguh! Serabut! Kesian si penyampai ilmu..Da la kene kacau ngan sorang mamat gila nih. Pada-pada la.Ini tak, suke paksa-paksa. Ingat boleh termakan ke pujuk rayu anda itu! Desperato!!!

 

Perasaan tertekan itu cume sekejap saja. Kerana tiba-tiba kan, si penyampai ilmu itu tersenyum. Tersenyum sendiri macam hari sebelumnya. Sebab walaupun ade chipsmore main nyorok-nyorok, tetapi si penyampai ilmu tetap dapat informasi. Ya! Setiap orang ada kerja masing-masing kan? Tolong la faham. chipsmore pun chipsmore lah! hahahaha...janji comel! Macam hari ni..saat ini dan sekarang. Chipsmore muncul kembali. Kembali senyum. Tiba-tiba si penyampai ilmu teringat akan kata-kata seorang kawannya. Ya kawan satu sekolah mereka juga. Tapi bagi si penyampai ilmu itu, tak mungkin lah. Mulut orang mane boleh tutup , tak baik buruk sangke. Ish..ish..ish... Si penyampai ilmu cuba menyabarkan dirinya. Rileks! Insyaallah nanti akan dapat petunjuk dari Tuhan dan akan cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Sabar ye!

Oppsss!!patutla.... da tiba masa. Agaknya keletihan seharian dengan kuliah. Semua orang penat! Standard bagi insan yang bergelar student...ok lah..si penyampai ilmu mahu buat kerja dia.. cukup la Tuhan sudah memberikan dia sebuah senyuman sebentar tadi.Terima kasih Tuhan! Terima kasih banyak-banyak.

 *Sambungan mu itu akanku tuntut bila tiba masanya nanti, insyaallah* Bisikan doa si penyampai ilmu dalam butiran tasbih.... 

 


 

 

 

No comments: