Followers

Thursday, February 4, 2010

cerita 2 dunia (part 4)- si penyampai ilmu sebagai penyelamat manusia

Hari ini hari Jumaat. Si penyampai ilmu itu tidak sabar mahu balik ke rumah. Maklumlah hari minggu. Baik balik rumah. Lalu balik lah si penyampai ilmu itu ke rumahnya.Ketika menunggu kehadiran bas untuk pulang le rumah, si dia telah menyelamatkan seorang manusia. Seorang manusia yang tidak sedar akan keciciran telefon bimbitnya di tepi jalan. Nasib baik ada orang lain yang perasan. Maka si penyampai ilmu itu cepat bertindak. Alhamdulillah akhirnya telefon bimbit manusia itu dpaat diselamatkan. Tidak sia-sia si penyampai ilmu itu berlari anak-anak. Tak sangka si dia juga boleh bertindak sebagai penyelamat manusia. Terasa bangga di hati. Hari ini kita tolong orang, satu hari orang akan tolong kita pula. Itulah prinsip yang dipegang oleh si penyampai ilmu itu. Alhamdulillah.

 

Tiba di rumah, si penyampai ilmu itu tidak boleh beralam maya. Kerana line ada problem. “Apa hal dengan line celcom ni?” Geram. Angin. Bukan apa tak sabar nak beralam maya.Hahahaha!(Ada makna tu!) Tiba-tiba pagi tadi si penyampai surat datang dari tempat kerjanya. Rupa-rupanya si penyampai ilmu itu yang bersalah. Dah 2 bulan tak bayar broadband!Macam mane nak dapat line. Tak patut tak patut.

 

Lain kali jangan sedap pakai saja.Bil bulanan bayar ya!Sudah berhenti dulu.

No comments: