Followers

Wednesday, February 3, 2010

cerita 2 dunia (part 3)-bicara 2 insan

Sambungan cerita. Pada suatu pagi, sedang asyik beralam maya, si penyampai ilmu itu mendapat petunjuk yang mulia dari tuhan. Ya penyelamat manusia itu telah membalas mesej yang dihantar oleh sahabatnya itu.Terharu seketika!Tak diduga!Kata-kata balasan telah dikirimkan kepada si penyampai ilmu itu dan dia benar-benar bersimpati apa yang telah berlaku terhadap sahabatnya itu.Ya itulah yang dikatakan sahabat.Sering bersama suka dan duka.Cukup kalimat ayat “Take Life As It Is” itu. Ia amat bermakna bagi si penyampai ilmu itu kerana dia masih sedar yang hidup itu perlu diteruskan dan normal bagi mencapai hidup yang sempurna!Terima kasih wahai si penyelamat manusia!Kata-katanya itu telah memberi semangat baru kepada sahabat baiknya itu.

 

Lalu hari pun berlalu dengan tenangnya.Kisah ini belum lagi terhenti.Ia diteruskan lagi dengan sambungan persahabatan di antara mereka. Semakin hari semakin selesa. Tetapi jarang untuk bertemu dengan kebetulan di alam maya. Masing-masing sibuk dengan pelajaran. Ada suatu ketika di mana penyelamat manusia itu menanyakan khabar berita dari si penyampai ilmu itu.Soalan yang sama! “Kau macam mana? Da ok ke?” Terpinga-pinga sahabatnya itu kerana tidak sangka si dia tidak jemu bertanyakan hal yang sama.Ya dia memang ambil berat!Walaupun jauh, tetap mengambil berat. Terima kasih sahabat!Si penyampai ilmu itu ingatkan sahabatnya tiada masa untuk beralam maya. Tetapi siapa sangka ya?

 

Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut di saat mereka sedang berada di alam maya. Line terputus rupanya!Tidak mengapa!Masih ada alternatif yang lain.Tetapi pada masa itu hanya dapat segelintir masa saja yang dapat dicuri untuk berbicara.Terdapat sedikit salah faham di antara mereka di hujung perbualan dan tiba-tiba tuut.........masing-masing membuat kerja sendiri.Tiada lagi pertemuan di alam maya.

 

Dan baru-baru ini, mereka dipertemukan sekali lagi. Dan kali ini perbicaraan yang agak lama. Mereka sempat berkenalan semula!Ya sangat tertarik!Tidak sangka ya? Masing-masing ada cerita yang menarik. Sungguh tertarik!Banyak cerita yang dikongsi bersama. Cita-cita yang sedang diusahakan sekarang, minat yang berbeza tapi sama!Macam mana tu?Dan tertimbullah isu hot iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Hal ini kerana mereka minat dan menjiwai cerita itu. Dan kebetulan si penyelamat manusia itu sedang belajar di lokasi pengambaran cerita cinta agung itu.Amat bertuah!Ibu penyelamat manusia itu telah memberikan novel cerita tersebut kepadanya lalu dia pun membacanya dan mula tertarik. Seterusnya menyaksikan cerita itu di filem.Rugi rasanya kalau melepaskan peluang kerana banyak panduan yang boleh didapati melalui kisah itu.

Kemudian tarikh lahir....mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu si penyelamat manusia, abang dekstop bukan nama sebenar dan juga sepupu si penyampai ilmu yang berada di melaka, Aizuddin. Wah!Sebaya nampak! Tarikh yang amat bermakna kerana si penyampai ilmu itu tidak pernah lupa tarikh keramat itu. Begitulah yang diberitahu kepada penyelamat manusia itu. Dan dia telah berkata kepada sahabatnya itu supaya dia pun boleh menerima ucapan selamat daripada kawannya itu. Tambah lagi seorang! Hehehe....

 

Pertemuan dipanjangkan lagi dengan mengenali cerita disebalik kisah lama di sekolah.Kelakar! Macam-macam perangai lah! Latar belakang keluarga juga disentuh oleh mereka. Seorang lagi masuk dalam persatuan-persatuan anak sulung.Kebetulan sama! Yang seorang memuji sahabatnya.Tersenyum kambing lah!Banyak kerja yang perlu dipikul oleh mereka.Cita-cita untuk meneruskan pengajian akan diteruskan apabila sudah mendapat ijazah sarjana.Walaupun lama tak mengapa. Ilmu jangan disekat. Si penyampai ilmu cakap dia teringin sambung pengajian dalam bidang bahasa di luar negara. Mahu jadi seperti mak si penyelamat manusia katanya. Mak dia pensyarah english.Maka si penyelamat manusia pun berkata bahawa dia sebenarnya minat dalam bidang bahasa. Dia dapat tawaran belajar dalam bidang itu tetapi dalam masa yang sama dia sudah bertekad dari kecil lagi untuk pergi ke universiti itu pada suatu hari nanti. Dan peluang yang ada itu tidak disia-siakan olehnya , maka ditolaklah peluang menjadi penyampai ilmu itu. Masing-masing kan ada pilihan tersendiri. Begitulah kerenah manusia. Dan ini telah membuatkan si penyampai ilmu itu bersemangat untuk meneruskan usaha dalam mendalami bidang ilmu untuk disebarkan kepada anak didiknya satu hari nanti.

 

Mereka masing-masing saling menyokong antara satu sama lain.Kata-kata semangat dan penguat telah diberikan supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang berliku itu. Tiba-tiba azan di sana sudah berbunyi.Sudah masuk waktu asar.Perbezaan di sana dan disini ialah 6 jam. Sepatutnya si penyelamat manusia itu berehat kerana sudah habis kelas.Kesian dia kerana terpaksa melayan kerenah si penyampai ilmu itu. Tapi tak mengapa kerana cerita 2 dunia telah wujud dalam pertemuan itu.Insyaallah pertemuan akan disambungkan lagi tapi tidak tahu bila masanya.Hanya tuhan saja yang menentukannya.

 

No comments: