Ada satu kisah. Terdapat seorang penyampai ilmu dan penyelamat manusia.
Si penyampai ilmu dan penyelamat manusia belajar di tempat yang sama.Tetapi, mereka tidak pernah bertegur sapa.Sepanjang melalui proses pembelajaran, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Malah mereka tidak pernah terfikir untuk bertegur. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor:
a) Malu
b) Rasanya tidak penting untuk tegur dia
c) Tiada apa yang penting untuk dibincangkan
d) Dunia dia lain dunia aku lain. Memang berbeza!
e) Skema.
f) Pendiam
g) Masih mentah
h) Masing-masing tidak sedar akan kewujudan masing-masing
i) Sibuk
j) Lantaklah! Tak suka jaga tepi kain orang.
k) Tiada masa nak layan perasaan.
Ok.Selepas itu, habis sesi pembelajaran di peringkat rendah.
Cerita dipanjangkan lagi dengan kebetulan! Ya kebetulan! Masa peringkat alam remaja. Sekarang pun masih remaja. Tapi, zaman akhir remaja. Selama 2 tahun belajar di tempat yang sama tiada sebarang perubahan. Masih seperti yang dulu.Kau buat kau punya hal.Aku dengan hal aku sendiri ok! Tapi bagi si penyampai ilmu itu, dia tetap ingat bahawa penyelamat manusia itu adalah orang yang pernah belajar satu tempat dengan dia suatu ketika dahulu.Classmate!Old classmate!
Selang beberapa tahun...
Masing-masing bawa haluan sendiri. Sambung belajar sana sini.Si penyampai ilmu itu dengan bidang dia malah si penyelamat manusia itu dengan pilihannya tersendiri. Bagaimanapun, si penyampai ilmu ini ada terdengar khabar-khabar dari sahabat baiknya disana.Dia berkata bahawa si penyelamat manusia itu pernah sakit ketika belajar.Sakit apa ya?Entahlah.Si penyampai ilmu itu pun tidak dapat mentafsirkannya.Tapi biarlah.Buat apa nak sibuk-sibuk hal orang kan.Lagipun masing-masing ada hal sendiri.Terhenti seketika.
Tahun seterusnya. Zaman ini semua orang sudah mula ada facebook. Kononnya mahu cari kenalan lama.Boleh buat reunion!!! Jadi 2 hamba Allah ini tidak ketinggalan untuk menyertai sekali jaringan sosial tersebut. Ramai kawan mereka. Tapi, ingat lagi, masa itu, si penyampai ilmu yang mula membuat permintaan rakan dekat si penyelamat manusia itu. Jadi, mereka sudah berkawan.Secara rasmi di facebook.Hahahaha!Tetapi tidak pernah pun bertegur lagi.Barangkali pemalu agaknya. Kadang-kadang ada juga yang bertegur.Sekadar bagi komen kat status masing-masing. Jarang-jarang ya!
No comments:
Post a Comment