Pada satu hari terdapat la kisah di mana si penyampai ilmu ni mengalami krisis yang sangat hebat baginya. Kesian. Dia ditipu hidup-hidup oleh buah hati pengarang jantung hatinya. Malam itu, malam yang perit baginya.Hatinya bagai ditusuk jarum yang tajam, dicarik-carik! Gila!Menangis sepuas-puas hati!Tapi sekejap je menangis.Sebab perasaan sayang masih menebal pada sang kekasih itu.Sampai hati mu!
Malam itu, si penyampai ilmu mahu kongsi cerita dengan sahabat baiknya iaitu encik gajah. Ya selama ini si penyampai ilmu itu tidak sedar bahawa dia sudah membuatkan rakannya itu berasa jauh hati dan agak kecewa.Agak la! Kesian dia, terasa! Ini semua sebab si penyampai ilmu itu la.Lebih mempercayai orang lain daripada sahabatnya. Padahal mereka sudah berkawan lama dari sang kekasih itu.
Cerita diteruskan.
Malam itu bukan encik gajah tak mahu melayan dan mendengar masalah si penyampai ilmu itu. Tapi dia ada hal. Jadi si penyampai ilmu itu terpaksa menunggu rakannya itu. Tapi apakan daya, si penyampai ilmu itu, tidak sanggup menahan rasa sakit di hati.Rasanya perlu diluahkan segera. Dijadikan cerita si penyampai ilmu itu mencari seseorang yang boleh mendengar kisah duka hidupnya. Nasib dia sangat baik kerana kebetulan pada masa yang sama si penyelamat manusia itu muncul di alam maya itu. Jadi bermula lah perkongsian episod duka itu.Ternyata si penyelamat manusia itu seorang pendengar yang setia. Terasa lega sikit di hati si penyampai ilmu itu. Dalam keadaan yang sedih dan pilu, dia masih meneruskan cerita dukanya itu. Penyelamat manusia itu mengulas sepatah dua kata. Nasihat yang berguna di saat sahabatnya mengalami kedukaan. Nasihat yang memberi semangat kerana sahabatnya itu seakan-akan jatuh dan tiada keyakinan.Walaupun sahabatnya itu berasa amat malu dengan dirinya kerana terlalu “bijak menilai orang”, si penyelamat manusia itu tetap tidak putus asa memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu. Normal la tu! Remaja! Semua orang nak rasa benda yang sama!Itu dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman pada masa akan datang.Tiba-tiba talian terputus! Bicara terhenti! Belum sempat si penyampai ilmu itu megucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu.Sahabat yang beru dikenalinya itu. Jangan risau! Cara lain kan ada. Tanpa membuang emas yang berharga itu, si penyampai ilmu itu menulis penghargaan kepada sahabatnya. Kemudian krisis yang dialami oleh si penyampai ilmu itu diselesaikan dengan bantuan sahabat baiknya iaitu encik gajah.
Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan keadaan yang stabil, si penyampai ilmu itu tabah meneruskan liku-liku hidup yang terbentang luas di hadapannya.Memang terseksa!Cukup terseksa!Saban hari ditemani linangan air mata!Hanya pada tuhan saja tempat dia mengadu dan meminta pertolongan.Ya dan ia semakin pulih seiring dengan masa yang berlau walaupun di hati dia masih tersemat sisa-sisa yang bahagia seketika dulu.
2 comments:
penyelamat dunia part 1 n 2 beza ke same...sowang blaja tmpt same,mcm da lme knl..sowang bru knl..lain2 ea??
penyelamat manusia same..hehehe...dulu mereka sama belaja..tp kan x pernah kenal...skang da blaja tmpt lain...naru kenal balik...hihi
Post a Comment