Followers

Wednesday, January 27, 2010

1001 persoalan!

salam.

hari ni banyak persoalan yang timbul di minda aku.semuanya bermula dengan perbicaraan dan persidangan yang terjadi di kelas pagi tadi.masing-masing sudah mula bersuara.menyampaikan pandangan masing-masing.berkongsi cerita.bagus!mematangkan minda!membuatkan semua membuka mata dan berfikiran jauh.tetapi masih terdapat segelintir yang masih belum menerima hakikat sebenarnya.masih mencari-cari apa isi yang tersirat disebalik penyampaian itu?mari sama-sama kita fikirkan sahabatku.

MELAYU MUDAH SELESA?itu tajuk yang benar-benar bagi impak besar kepada aku.kerana apa?kerana aku juga melayu.sudah tentu aku terasa.ya!aku yakin.semua akan terasa.sejujurnya aku setuju dengan istilah itu.terima kasih kepada Manisah.kerana beliau berani mempersoalkan istilah ini di dalam kelas ini.bagi aku.orang kita zaman sekarang sudah terlebih selesa.lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang.padahal kita tidak sedar kita sebenarnya sedang diasak dan cuba dijatuhkan oleh pihak lain.di mana hak keistimewaan kita sudah berani disentuh oleh pihak lain.ya!mereka cuba untuk mempertikaikannya!tapi orang kita? "ala rileks la." mudah kan?

itu la orang kita.semuanya beribu alasan.macam-macam.lebih selesa mengeluarkan kata-kata dan tidak fikir sama ada mahu bertindak mengikut kata-kata tersebut ataupun tidak."cakap x serupa bikin".bangunlah orang kita!jangan biarkan kita ini ditindih.dipandang sinis oleh orang lain.buka minda anda!lontarkan idea-idea anda!kita mesti berfikiran dan berpandangan jauh.jangan asyik fikir hendak hidup selesa sahaja.itu bukan selesa.itu menyiksa!jangan biarkan perkataan melayu itu benar-benar menjadi layu.kita perlu memaju dan melaju kan perkataan itu!ingat!jangan mudah bertolak ansur!

kepada rakan-rakan seperjuanganku-sama-samalah kita berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin.ingat!kita adalah harapan negara.kita yang akan mencorakkan anak-anak bangsa kita pada masa akan datang.kita yang akan tentukan hala tuju negara kita.kita yang akan menjadikan mereka insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.itu satu tanggungjawab yang besar.dan kita adalah salah seorang yg bertanggungjawab dalam hal ini selain ibubapa mereka.kita perlu mengasah pemikiran mereka supaya mereka tidak ketinggalan zaman.berfikiran positif.berpandangan jauh.mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.berdaya saing dan menjadi warganegara yang Malaysia yang sebenarnya.

aku sendiri pun mahu melihat mereka berjaya.apatah lagi kalian.terasa masih banyak lagi kelemahan yg perlu dibaiki.dan ingin terus mempelajari benda yg tidak diketahui.insyaallah.aku sedang cuba berusaha.aku akan buktikan bahawa kerjaya cikgu ini benar-benar mulia.insyaallah.

(p/s:zack,saya setuju mengenai kawan baik itu.ya mereka sanggup berjaga malam untuk mendengar masalah dan menangkan kita!terima kasih kawan ku!aku tau dia memang seorang kawan!)


2 comments:

Anonymous said...

wah panjang entry ni...hooo mmg la profession perguruan itu mulia sygku..sy sokong...hmm mmg menyokong ape zack ckp..hehe~

nusafara said...

panjang ek?hehe..ni cume luahan hati dr seorang guru pelatih je.masih kurang lagi ilmu di dada.ni cuma hanya beberapa hirisan idea yg ada ptg td..hehehe